Kami: Transformasi Kerjaya Dan Bisnes

Platform e-Belajar Untuk Transformasi Kerjaya Dan Bisnes Dengan A.i, Digital Marketing Dan Kewangan di Jambak8edtech

Falsafah Kami: Bukan Sekadar Ajar Tapi Nak Naik Taraf Haluan

Kami percaya, setiap usahawan layak untuk berniaga dengan bermaruah, bukan dengan meminta-minta belas kasihan pelanggan. Cukup Lama kita tengok peniaga kecil terpaksa mengemis perhatian di media sosial sebab tak cukup ilmu marketing, walaupun mengemis itu pun salah satu jalan tapi tidak ditunjukkan secara direct apabila menjual. buat live macam-macam, jual murah sampai tak untung tapi still susah nak maju. Jambak8edtech ditubuhkan untuk satu misi ini:
“Usahawan bukan pengemis. Kami bina peniaga yang berani, celik AI, dan mampu hasilkan RM5,000 sehari dengan kaedah terkini– tanpa mengemis perhatian, tanpa mengemis sales.”

Abu Muhammad Al Falah (Pengasas/ Ketua Eksekutif)
Nik Mohd Fikri (Eksekutif Kewangan)

Kisah Kami

“Aku dah penat tengok peniaga kita susah payah tapi masih merangkak.”

Itu yang bermain difikiran Abu Muhammad Al Falah setiap kali terjumpa profil-profil macam Haxxxg S.T.P (Bukan Nama Sebenar)- peniaga yang terpaksa bersusah payah buat HARD SELLING, live sampai serak, tapi hasilnya tak seberapa. Bukan Salah Mereka. Mereka hanya tak diajar cara yang betul. Atau mungkin tak sempat nak tambah ilmu untuk digital marketing.

“Masalah usahawan bukan pada produk, tapi pada strategi. Mereka tak perlu kerja lebih keras. Mereka perlu kerja lebih pintar.”

Dari situlah lahirnya platform jambak8edtech.com – platform e-belajar yang menggabungkan A.i, Digital Marketing dan Kewangan dalam satu nafas. Bukan Teori Kosong. Tapi Strategi “Luar Kotak” yang boleh jana income ESOK.

Komitmen Kami
Kami Faham, tak semua orang boleh ikut rantak perubahan teknologi yang pantas. Ada yang tertinggal. Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang dah Cuba Tapi gagal.
Sebab Itu Jambak8edtech direka dengan pendekatan:

✅ Fleksibel – Belajar ikut masa sendiri, ikut rentak sendiri.
✅ Praktikal – Bukan setakat tahu, tapi boleh guna esok pagi.
✅ Menyeluruh – Bukan setakat AI, tapi digabung dengan kewangan dan psikologi pemasaran.
✅ Ada Hati – Kami bimbing sampai boleh. Bukan lepas tangan.

Kami nak pastikan setiap pelajar bukan setakat PANDAI, tapi berdaya saing dan mampu mempunyai masa depan sendiri

Pasukan Kami (The Masterminds)

Dibelakang Jambak8edtech, ada sekumpulan pakar yang bukan sekadar cakap teori, tapi dah makan garam dalam industri masing-masing.

Nik Ahmad Firdaus

“Ai Bukan Gantikan Manusia, Tapi Bantu Manusia Jadi Luar Biasa”

Pengajar A.I – 8 Tahun dalam teknologi A.i & Automasi

Che Zura

“Jualan Bukan Soal HARD SELL, Tapi Soal Strategi Tepat Sasaran”.

Pengajar Digital Marketing-8+ Tahun (SEO, Ads, Analytics, Media Sosial)

Nik Mohd Firdaus

“Bisnes Yang Sihat Bermula Dari Kewangan Yang Terurus”

Pengajar Kewangan-3+Tahun Dalam Analisis Kewangan & Ekonomi

Prof. Hudhori

“Pendidikan Adalah Cabang ANAK KUNCI untuk buka pintu rezeki”

Ketua Pegawai Pendidikan-Pakar Pembangunan Kurikulum DIgital

“Kami Bukan Sekadar Pengajar. Kami Adalah MENTOR Yang Akan Berjalan Sama Dengan Anda Sampai Ke Garisan Penamat”

TARGET PENCAPAIAN 3 BULAN

100+

Pelajar

3+

Kursus

3+

Rakan Kerjasama

96%

Kadar Prestasi Pelajar

Jambak8edtech Bukan Sekadar Platform e-Belajar. Ia Adalah Rumah Untuk Usahawan Yang Nak Transformasi Dengan Cara Yang Betul. Dengan Panduan A.i, Strategi Digital Dan Kewangan Yang Mantap, Kami Nak Pastikan Anda Tak Perlu Lagi Jadi Level Pengemis di Media Sosial.

“MASA HADAPAN ADALAH SEKARANG; Mutiara Dihujung Jari

Scroll to Top